1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji.
KUMPULAN BAJI2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.
TITEK PUSPA3) Penyanyi yang paling demand.
HETTY COST ENDANG4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.
KUMPULAN SPIN5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.
ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.
O.A.G (Orang Asli Gombak)7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.
SCOIN (pakai syiling jer)
Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.
AL-JAWAHER9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.
MAY (Bau Sabun)10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.
AMUK11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional.
MANTERRA12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.
GIEGIEL13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.
HEADWIND14) Kumpulan yang mudah berpecah.
KRISTAL15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri.
LEFTHANDED16) Kumpulan yang ada power.
KEMBARA (sebab ader DVVT)17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.
PADI18) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.
TOO PHAT19) Penyanyi kesukaan David Beckam.
SITI SARAH20) Penyanyi yang sentiasa tua.
TO’KI21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.
PRETTY UGLY22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.
METALASIA23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.
4U2C24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.
MELLY GOESLOW25) Kumpulan yang sentiasa menyambut “HARI GURU”.
TEACHERS PET26) Kumpulan yang susah nak sakit.
MEDICINE27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.
DR. KRONIK28) Kumpulan yang buat show kat everest.
IKLIM29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh.
BLACK DOG BONE30) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya.
PAK PANDER31) Kumpulan yang paling di hormati.
KUMPULAN DEWA32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.
NEW BOYZ33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya.
KUMPULAN NASYID HIJJAZ (Honda Jazz tuh)34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.
SWEET SEPTEMBER35) Kumpulan berani mati.
KAMIKAZE36) Kumpulan yang selalu gi konvoi.
XPDC
Lawak Artis M’sia
BISING
Bisik ku depan mikrofon
‘Kembali’ la, kawan ku,
lagu Romancesa tadi tu
“…Malam pun setia menemani ku”
“Menyesali semua yang ku laku”
Lafaz lirik ku berlalu
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ku nyanyi karaoke sepuas malam
Wowowo yeyey!
(Inspirasi dpd. puisi filem Sepi. Bosannye pasal.)
Current Status : Tak seBusy dulu
Semenjak Prison Break dilewatkan tayangan ke 2-minggu sekali, aku dah mula rajin layan drama Dexter. Boleh tahan jugak beb. 18SX/SG. hehe. TKS kepada saudara Edy yg telah mempengaruhi aku utk buang masa tonton drama baru. (Dan tahniah Edy krn berjaya memperoleh BMW E32 idaman yg serba lengkap dengan aksesori AC Schnitzer. Itulah kelebihan mencari & membeli-belah kut Internet.)
Selain tu aku layan sikit-sikit Anime DMC. Aku harap saudara Clow dapat men-supplykan semua episod secepat mungkin utk aku buat collection dalam DVD.
Dan start bulan ni aku memaksa diri mengurangkan belanja bulan utk buat saving sebanyak mungkin. Sebab : aku mungkin nak pindah sewa rumah utk aku duduk sorang kalu bleh, nak cepat langsai pitipiti’en (satu-satunya hutang aku skang), nak blaja berjimat (”you wish”), dan nak ehem-ehem..hehehe
Tapi aku still tak sure samada nak pindah cepat atau tak. Sebab banyak barang2 besar aku yang ada kat rumah sekarang ni. Kalu nak pindah payah kot nak kena sewa lori. Diesel mahal lagi. Tambah pulak rumah lama ni banyak area nak kena clean up & repair sebelum bleh dapat zero-compensation green light dari tuan rumah. Malas betul aku klu nak mengemop rumah dua tingkat nih.
Current Status : Busy
Jumaat
- APAM telah hantar sebanyak 31 jenis feedback yang mana aku perlu selesaikan secepat mungkin sejak dua minggu dah aku tak update diorang dan diorang pun selang 2-3 hari menelefon tanya benda yang sama
- Malam ni aku ada part time. Aku nak gi ushar pricelist notebook Toshiba yang dikirimkan oleh staf dari unit jabatan haiwan (yang tau tu tau la kan sapa). Aku nak borong 4.
- Kalau malam ni balik awal sikit aku kembali ke ofis bantu ringan2kn projek PH
- Buat APAM, ABAS
Sabtu
- Part time ushar notebook kat KL pastu maybe proceed terus utk bli and then install.
- Satu lagi part time; Sistem Pengurusan Profil Seniman
- Buat APAM, ABAS
Ahad
- Beraya di rumah seseorang
- sambung APAM dan ABAS.
Isnin
- Final UAT untuk ABAS
- Patch utk APAM
- Sediakan encryption utk UDA
Selasa
- Training session kat ABAS
Jumaat
- Maybe balik kampung courier laptop & bicara keluarga ttg masa depan aku tahun depan ![]()
Doktrin **** yang menyusahkan umat Islam
Quoted form Maszlee Malik, UIAM.
Para ulama islam juga bersepakat tentang kenajisan daging **** dan juga segala yang bersumberkan ****. Walaubagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam tiga perkara, yang pertama dalam kategori najis apakah ia najis mughallazah ataupun mutawasitah. Yang keduanya, cara bagaimanakah untuk menyucikannya, dan ini bergantung kepada kategori manakah ianya dianggap sebagai najis. Yang ketiga , mereka juga berkhilaf samada kulit ****, rambutnya dan juga tulangnya dan mana – mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan melalui proses dibagh (samak dengan air kapur).
Jumhur ulama berpendapat ianya tegolong dalam najis mutawasitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja jika tersentuh dengannya. Ianya sama seperti kenajisan darah, luka, nanah, tahi dan juga kencing. Bagi Imam al-Syafie pula, beliau berpendapat bahawa ianya adalah najis mughallazah yang sama sifat kenajisannya dengan anjing yang memerlukan tujuh kali basuhan, dan sekali basuhan dengan air tanah (al-Sya’rani, al-Mizan al-Kubra, Beirut : Dar al-Kutub al-’Ilmiah, Cetakan Pertama, 1998M, jil. 1, m.s. 138).Pendapat inilah yang menjadi pegangan majoriti pengikut mazhab Syafie, kecuali Imam al-Nawawi dan juga yang bersependapat dengan al-Nawawi (al-Nawawi, al-Majmu’, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 4, m.s. 604).
Mengenai isu pengunaannya pula, jumhur ulama melarang pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis (walaupun mutawasitah) . Bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-Syawkani, mereka melihat tidak ada kesalahannya untuk menggunakannya jika ianya telah melalui proses dibagh (ibid).
Yang menjadi pokok perbincangan di sini ialah mengenai kenajisannya dan juga cara menyucikannya yang menjadi satu bebanan kepada umat islam di Malaysia dan juga dalam sesetengah keadaan menjadi benteng pemisah selamanya antara kaum di Malaysia.
Doktrin yang membebankan ini sebenarnya hanyalah ijtihad Imam Syafie yang mengqiyaskan kenajisan **** dengan kenajisan anjing dengan kaedah “qiyas awla”nya (al-Syafie, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara jelas di dalam al-Quran wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih atau sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 1 m.s. 161), maka **** yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Quran lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.
Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie sehingga ke hari ini menganggap kenajisan **** adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing.
Bagi jumhur (majoriti) umat islam pula hadith Abu Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan kenajisan anjing jika anjing adalah semata - mata untuk anjing dan bukan untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging **** (surah al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena dengan cara menyucikannya. Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging **** yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan bersama dengannya. Mengapa qiyas yang sama tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai bersama anjing dan **** sebagai najis mughallazah ?
Yang lebih menarik lagi Abu Hurairah juga telah meriwayatkan hadith yang menunjukkan cara menyucikan bijana yang dijilat kucing dengan 3 kali basuhan. Mengapa tidak kucing pun digolongkan dalam najis mughallazah juga?
Kesimpulannya ijtihad ataupun pendapat Imam Syafie dalam persoalan cara menyucikan najis **** adalah tidak kuat dan tidak konsisten.Terdapat juga di kalangan imam mujtahid dalam mazhab Syafie yang menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan **** adalah cukup sekadar basuhan sahaja sepeti najis - najis mutawasitah yang lain (kencing, tahi, darah dan bangkai). Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah Imam al- Nawawi (lihat : al-Nawawi,opcit, jil. 4, m.s. 604 ). Pendapat beliau ini adalah sama seperti pendapat majoriti umat islam dan amat bertepatan dengan dalil.
Sayangnya sebilangan besar pengikut mazhab Syafie termasuklah majoriti umat islam di Malaysia amat berpegang kuat dengan pendapat Imam Syafie yang amat ganjil ini. Dalam keadaan kehidupan bersama rakyat berbilang bangsa dan juga dalam keadaan musafir ke negara dimana umat islam adalah minoriti doktrin ini amat membebankan umat islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya akan semakin menjauhkan bukan islam dari islam, malah di kalangan umat islam sendiri pun akan jauh dari islam kerana doktrin ini.
Sebagai contoh yang amat melucukan ialah bagaimana sebuah restoran milik bukan islam yang telah dibeli oleh seorang peniaga muslim sekitar tahun 90′an di Pahang. Majalah al-Islam telah merakamkan bagaimana mereka telah membasuh seluruh kedai tersebut dengan air tanah. Bayangkan bagaimana jika seseorang muslim membeli rumah pangsa atau kondominium dari seorang bukan islam ?, bagaimanakah dia ingin membasuhnya dengan air tanah , bayangkan lagi jika rumah tersebut di tingkat 30 …pastinya pihak pengurusan kondominium tersebut akan mengamuk dan seluruh kondominium akan banjir!
Antara yang menjadi bebanan juga ialah keadaan saudara baru yang masih tinggal dengan keluarganya. Sering kita dengar suara - suara sumbang yang menyuruh saudara - saudara baru untuk meninggalkan keluarga mereka. Mana tidaknya, doktrin **** al-Syafie mengatakan mereka tidak boleh makan dirumah kerana pinggan mangkuknya ada najis dan mesti disamak. Rumahnya ada kesan ****, maka dia tidak boleh bersolat di dalamnya, emaknya dan bapanya makan ****, maka dia tidak boleh bersalaman apatah lagi mencium dan memeluk mereka. Bekas minum tidak boleh digunakan lagi kerana ada kesan ****, pendekata jika seseorang itu masuk islam bukan hanya agama dan akidah lamanya sahaja, malah dia terpaksa atau dipaksa untuk meninggalkan keluarga, rumah, saudara mara dan jika tidak keterlaluan ibu bapa mereka. Maka terjawablah persoalan mengapa tidak ramai orang bukan islam ingin memeluk islam!
Contoh yang lebih teruk lagi jika golongan yang mendokong doktrin **** al-Syafie ini ke negara majoriti bukan islam yang kuat makan **** seperti Jepun, Korea, Taiwan, Jerman dan negara - negara seumpamanya. Yang pasti mereka tidak akan boleh duduk di kantin, mereka tidak boleh makan di kedai - kedai makan walaupun mereka tidak memakan ****, mereka tidak boleh tinggal di rumah sewa kecuali selepas disamak, mereka tidak boleh menziarahi rakan - rakan mereka yang bukan muslim dan akhirnya mereka hanya akan menjauhkan manusia - manusia lain dari islam itu sendiri. Relevan lagikah ijtihad al-Syafie yang semata - mata merupakan pandangan peribadinya sahaja yang boleh jadi salah ?
“Kalau sahih hadis itu maka itulah mazhabku. Kalau ada pendapatku yang bertentangan dengan al-Quran dan As Sunnah yang sahih, buanglah pendapatku itu. Mungkin ada yang tidak kuketahui”.
~Imam as-Syafie
Quick Review : Eclipse CD1200
Setelah berminggu puasa dan melalak dalam kereta, akhirnya aku takleh tahan pasal suara dah nak hilang dan terus berhasrat untuk menangkap player lower-end: Eclipse CD1200 pada harga lima ratus lebih. Huhuhuuuhukhukhuk… T_T

Fujitsu-Ten Eclipse CD1200
Specs.:
- Red / Green illumination
- MP3 / WMA / AAC / WAV / CD-Audio
- iPod, USB 2.0, 2 Auxilary (RCA) inputs
- Remote control
- 20Hz - 20kHz freq. response
- 1-bit regulated DAC (tak se-clear 24-bit dan BurrBrown, tapi OK la)
- 3-band EQ & presets (Sharp / Vocal / Powerful / Custom / Off)
- Blue background LCD
More info : http://www.eclipse-web.com/cd/cd1200overviews.html
Setelah lebih 2-jam bermain-main setting dengan HU baru, secara keseluruhannya, aku berpuas hati. Walaupun dari segi kualiti bunyi takde banyak beza berbanding Alpine aku yang lama, tapi ada banyak fitur tambahan dan aksesori yang best; Berbaloi dengan duit dompet yg aku korbankan.
Contohnya USB dan Aux-in; Aku ada mp3 player Sony jenis lama (yang mp3 takleh aci drag-n-drop dan boleh main fail ATRAC3). Jadi untuk player sebegini aku perlukan Aux-in untuk main dalam kereta. Dengan adanya USB pulak, aku boleh install portable notebook harddisk aku yang mengandungi ribuan MP3 untuk main terus dalam HU nie. iPod to reserve je.
Dgn. 1-bit DAC dan 3-band EQ, kualiti bunyi dia lebih kurang sama macam Alpine lama. Aku lebih prefer yang lama punya EQ setting, sebab yang lama siap bleh customize Bass & Treble bandwidth disamping amplitud. Yang baru ni bandwidth semua dah preset so aku cuma adjust amplitud Bass, mid dgn Treble je. Tapi hasil bunyi dia tetap mantap dan aku suka preset EQ Sharp dia - memang tajam bunyi dia.
Kereta-kereta famili aku semua aku install HU jenis Pioneer lower-end. Tapi aku rasa bunyi Eclipse macam lagi sedap dpd Pioneer. So dari segi SQ (Sound Quality) untuk HU jenis lower-end, aku rasa:
Alpine >= Eclipse > Pioneer
Selain tu aku suka lampu merah dia. Unik.
Laugh and learn ;-)
WIFE’s DIARY
.
.
.
Sunday night - I thought he was acting weird. We had made plans to meet at a cafe to have some coffee. I was shopping with my friends all day long, so I thought he was upset at the fact that I was a bit late, but he made no comment.
.
.
.
Conversation wasn’t flowing so I suggested that we go somewhere quiet so we could talk, he agreed but he kept quiet and absent. I asked him what was wrong - he said, “Nothing.” I asked him if it was my fault that he was upset. He said it had nothing to do with me and not to worry.
.
.
.
On the way home I told him that I loved him, he simply smiled and kept driving. I can’t explain his behavior; I don’t know why he didn’t say, “I love u, too.” When we got home I felt as if I had lost him, as if he wanted nothing to do with me anymore. He just sat there and watched TV; he seemed distant and absent.
.
.
.
Finally I decided to go to bed. About 10 minutes later he came to bed. I decided that I could not take it anymore, so I decided to confront him with the situation but he had fallen asleep. I started crying and cried until I too fell asleep. I don’t know what to do. I’m almost sure that his thoughts are with someone else. My life is a disaster.
.
.
.
.
.
.
HUSBAND’s DIARY
.
.
.
Today Manchester United lost the match. DAMN IT..!!
Bye bye sygku /////Alpine T_T

HU yg ‘berkurun’ umur ni aku baru tolak kat member rm100. Skang keta aku dah jadi bisu. Takde lagi iklan2 dan bunyi2an merdu. Maka terpaksa la aku melalak sendiri jadi DJ utk menghiburkan hati yg bosan memandu….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
…Tapi takpe, bulan 10 nie aku dah plan. Sempena besday aku yg mendatang, aku nak bawak keta aku ke hospital aksesori utk mengembalikan ‘anugerah’ suara keta aku dgn either these HU yang improved sebagai hadiah utk sendiri. Skang aku tgh pikir samada nk amik nie
Multi-EQ, 3 pre-out, 24-bit DAC! It’s an Alpine..huhu
Ape lagi yg best dgn set baru nia? (link)
Selangkah ke arah impian Audiophile I.C.E.
Diari seorang penyegan… (pt.1)
Sedar tak sedar,
umur aku dah nak cecah 30.
dok layan anime, videogame dan Lego(TM)
Payah rasanya aku nak let go
Rilek tak rilek,
tubuh aku dah semakin kurang daya tahan penyakit.
masih dok beli Dunhill dua puluh,
tiang solat tak cukup teguh
Asal nak muhasabah aku mula berpeluh
Nak tak nak,
peranan aku dah kian bertambah
mak abah aku yang pencen tak mampu nak menyara
tambah adik aku yang kena autisme
risau aku nak tanggung semua
Sekali-sekala aku rasa macam nak lari
Lupakan semua masalah nie
Tapi camana pun aku still rasa benda tu makin mendekati
Kadang-kalanya aku sedar
Satu masa nanti aku terpaksa berdepan
Pasal pengalaman failure aku kat Uni dulu jadi pengajaran
Walaupun aku selalunya berteman
Tapi aku rasa diri ni macam keseorangan
Disebabkan sifat aku ni pendiam
Susah sekali aku nak ceritakan apa yang terpendam
Aku mungkin selalu merapu dan bergelak ketawa
Bak kata member aku ni “Hidup biar selamba janji kelakar”
Tapi di sudut hati dan fikiran aku kekadang tertekan
Yelah, masakan aku selalu lepak isap rokok selang 2-3jam
Satu hari tu mak aku bagi cadangan
Cubalah cari seorang teman
yang boleh membawa aku ke hadapan
yang boleh berkongsi tanggung keperluan
yang boleh terima input bila aku nak luahkan perasaan
yang boleh tarik aku balik bila nak tersesat jalan
Nak kasi ’spice-up’ sikit, mak aku bikin pra-syarat2nya
Dia kenalah terima keadaan keluarga aku seadanya
Dan aku pun kena buat perkara yang sama
Tapi jangan sampai di luar kemampuan yang ada
Nak adjust sendiri atau tunggu proposal mak “ikut mana hang suka”
Aku takdak kata apa… cuma huhuhu
(bersambung nanti bila ada cerita baru…)
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu
Tajuk baru: “Di sana menanti Di sini bertindak” X-D
(Sori la kalu bahasa tu sikit tunggang-langgang..Aku cuba nak bagi bunyi dia tu lebih kurang dgn lagu asal. Enjoy nyanyi =D)
Seumur hidup aku, ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk oleh sorang wanita
Punyai ciri yang keluarga aku cari
Tetiba rasa aura-nya ni best lagi…
.
Kalau ku diam diri, nanti sapa kebas dia
Kalau approach ku tak kena, naya kut dia tak suka
Perlukah aku tindak secara paksa
Susun strategi sebaik-baiknya
.
Sungguh, ku merasa payah
Untuk menggapai sesuatu yang indah
Namunku ada lah langkah
Yang kawan ku ajar…
.
Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar sekali-sekala
Keraplah juga bertemu muka
Maknanya peluang sentiasa ada…
.
Yang di sini kena try dulu
Pelan temu janji satu-persatu
Kenalilah diri dia dan aku
Biarlah rasa selesa dahulu
Sembahyang, doalah jodoh dipertemu
.
Ku terbaca satu nota, ringkas tulisannya
Dia ada bagi hint, dan mengajar aku
Katanya “With her, the more I’m tuning in
thus the more she’ll want to be…
together with me….”

