Quick Review : Eclipse CD1200
Setelah berminggu puasa dan melalak dalam kereta, akhirnya aku takleh tahan pasal suara dah nak hilang dan terus berhasrat untuk menangkap player lower-end: Eclipse CD1200 pada harga lima ratus lebih. Huhuhuuuhukhukhuk… T_T

Fujitsu-Ten Eclipse CD1200
Specs.:
- Red / Green illumination
- MP3 / WMA / AAC / WAV / CD-Audio
- iPod, USB 2.0, 2 Auxilary (RCA) inputs
- Remote control
- 20Hz - 20kHz freq. response
- 1-bit regulated DAC (tak se-clear 24-bit dan BurrBrown, tapi OK la)
- 3-band EQ & presets (Sharp / Vocal / Powerful / Custom / Off)
- Blue background LCD
More info : http://www.eclipse-web.com/cd/cd1200overviews.html
Setelah lebih 2-jam bermain-main setting dengan HU baru, secara keseluruhannya, aku berpuas hati. Walaupun dari segi kualiti bunyi takde banyak beza berbanding Alpine aku yang lama, tapi ada banyak fitur tambahan dan aksesori yang best; Berbaloi dengan duit dompet yg aku korbankan.
Contohnya USB dan Aux-in; Aku ada mp3 player Sony jenis lama (yang mp3 takleh aci drag-n-drop dan boleh main fail ATRAC3). Jadi untuk player sebegini aku perlukan Aux-in untuk main dalam kereta. Dengan adanya USB pulak, aku boleh install portable notebook harddisk aku yang mengandungi ribuan MP3 untuk main terus dalam HU nie. iPod to reserve je.
Dgn. 1-bit DAC dan 3-band EQ, kualiti bunyi dia lebih kurang sama macam Alpine lama. Aku lebih prefer yang lama punya EQ setting, sebab yang lama siap bleh customize Bass & Treble bandwidth disamping amplitud. Yang baru ni bandwidth semua dah preset so aku cuma adjust amplitud Bass, mid dgn Treble je. Tapi hasil bunyi dia tetap mantap dan aku suka preset EQ Sharp dia - memang tajam bunyi dia.
Kereta-kereta famili aku semua aku install HU jenis Pioneer lower-end. Tapi aku rasa bunyi Eclipse macam lagi sedap dpd Pioneer. So dari segi SQ (Sound Quality) untuk HU jenis lower-end, aku rasa:
Alpine >= Eclipse > Pioneer
Selain tu aku suka lampu merah dia. Unik.

Leave a Reply